DARI 29 Julai - 16 Ogos 2024
Permohonan Pindahan Kredit Dan Pengecualian Kursus (CTCE) perlu dibuat dalam tempoh TIGA (3) minggu pertama sesi pengajian.
Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan terdahulu yang telah disahkan.
Urusan mendapatkan maklumat kursus yang dimohon untuk tujuan pemetaan adalah tanggungjawab pelajar.
Pelajar perlu mengemukakan permohonan melalui pegawai yang dilantik oleh jabatan masing-masing.
Permohonan yang TIDAK lengkap akan ditolak.
Sekiranya pelajar tidak hadir Peperiksaan Akhir dan mempunyai alasan kukuh seperti surat MC dari pihak hospital/klinik kerajaan, pelajar layak untuk mohon Peperiksaan Akhir Khas. Isi borang dibawah dan hantar ke Unit Peperiksaan PKS.
Lampirankan sekali bukti yang berkaitan dan surat rasmi kepada pengarah. Rayuan mestilah selewat-lewatnya 5 hari daripada tarikh peperiksaan sebenar.