Sistem LMS telah direkacipta dalam google classroom supaya guru-guru mempunyai satu sistem yang memudahkan mereka mengongsikan bahan material dalam classroom mereka sendiri semasa tempoh PDPR.
Setiap guru kelas mencipta kelas mereka sendiri dalam google classroom. Guru kelas akan menjemput gmail moe murid untuk masuk ke google classroom. Mereka menjalankan PDPR melalui google meet dan google classroom pada hari persekolahan. Google classroom dijadikan sebagai satu perisian yang amat berguna untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid serta merekodkan prestasi mereka.