Meneruskan projek 1 yang telah diluluskan. Sekiranya projek tidak dapat diteruskan, pelajar perlu berbincang dengan penyelia untuk menukar tajuk projek dan mengisi Borang Tukar Tajuk bagi mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan. Hanya projek yang diluluskan sahaja boleh menukar projek.
Pelajar boleh menggunakan makmal/bengkel yang telah ditetapkan untuk menjalankan projek pada masa yang telah ditetapkan dalam jadual waktu kursus.
Sekiranya pelajar hendak melaksanakan projek di makmal atau bengkel JKPK selain daripada makmal/bengkel yang telah ditetapkan, atau menggunakan makmal/bengkel yang ditetapkan untuk projek pada waktu yang lain, pelajar perlu mendapatkan kebenaran penyelia makmal/bengkel berkenaan dengan mengisi Borang Permohonan Penggunaan Makmal/ Bengkel.
Bagi melaksanakan projek di makmal/bengkel jabatan lain, pelajar perlu mendapatkan memo permohonan kebenaran penggunaan makmal/bengkel daripada Ketua Jabatan dan mengisi Borang Permohonan Penggunaan Makmal/Bengkel dan diserahkan kepada Ketua Jabatan yang terlibat serta penyelia makmal/bengkel terlibat.
Bagi menjalankan penyelidikan diluar PTSN,, pelajar perlu mendapatkan Surat Permohonan Kebenaran menjalankan kajian daripada pengarah PTSN.
Laporan Kemajuan projek (Project Progress Report) perlu dihantar kepada penyelia pada setiap minggu (rujuk gantt chart) mengikut format yang telah ditetapkan.
Pelajar perlu menghantar laporan akhir kepada penyelia untuk semakan sebelum pembentangan akhir dilaksanakan.
Pelajar perlu menyediakan video, poster untuk tujuan pembentangan. Format mengikut ketetapan daripada penyelaras projek.
Laporan akhir yang telah dsemak dan dibetulkan perlu dihantar kepada penyelaras projek untuk simpanan dan untuk semakan plagiat.
Pelajar perlu cakna dengan memo semasa berkaitan pembentangan, penghantaran dan semakan laporan daripada penyelaras projek. Sebarang tarikh pindaan akan dimaklumkan.