Tapak ini boleh digunakan oleh PPD Manjung dan semua pentadbir sekolah untuk menilai prestasi Kluster 4 dan sebahagian Kluster 1 dan 2 Pelan Strategik Organisasi 2020-2024.
Semua data peribadi pegawai, guru dan AKP akan dirahsiakan. Data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai pangkalan data PPD Manjung bagi tujuan penilaian prestasi, pelaporan dan penghargaan.
Mohon jasa baik Pegawai PPD, PGB, Guru dan AKP untuk mengisi google form mengikut 6 kategori yang betul mengikut jenis pencapaian/ kejayaan pegawai, guru, AKP dan murid-murid.
Masukkan semua kejayaan organisasi/ individu/ murid di sepanjang tahun daripada Disember 2020 hingga Disember 2022. Kewujudan tapak baharu ini menggantikan tapak lama ePencapaian.
Kemasukan data perlu segera iaitu sebaik sahaja kemenangan dan pengiktirafan diterima secara rasmi. Tarikh terima surat/sijil/piala/keputusan adalah tarikh yang dimaksudkan dalam sistem ePencapaian.
Bagi kriteria inovasi (pertandingan/pembentangan rekacipta) penerima sijil/hadiah terbaik di peringkat sekolah juga boleh dimasukkan. Bagi kategori penyelidikan e.g. kajian tindakan, jika ianya di peringkat sekolah perlulah siap/lengkap dan disahkan PGB. Hantar dalam bentuk pdf di tapak googleform Penyelidikan ePencapaian. Bagi kategori yang lain, mestilah peringkat Daerah ke atas.
Pastikan gambar foto yang dihantar jelas dan terang untuk digunakan dalam laporan.
Data Dashboard akan dikemaskini secara automatik setiap malam.
Sektor Perancangan berhak mengedit data yang tidak tepat serta memadam data yang tidak menepati syarat, mencurigakan atau pun yang berulang.
Pencapaian secara berkumpulan eg. Pasukan Bolasepak/ Bahas/Kawad KRS harus dimasukkan dalam satu hantaran sahaja (gabung imej semua/sebahagian sijil diperolehi/trofi utama sahaja) Hanya lapor secara individu bagi pencapaian berbentuk Anugerah/ Guinness Book of Records/ penulisan buku koleksi sajak dll.
Bagi anugerah/pencapaian cemerlang wakil sekolah/guru/akp di peringkat negeri ke atas, mohon whatsapp ringkas Timbalan PPD bidang berkaitan sebaik sahaja pengisian ePencapaian dilaksanakan (atau sebaik sahaja keputusan diumumkan).
Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin dengan klik di sini.📲
Kerjasama semua pihak diucapkan ribuan terima kasih.