Terokai Dunia Awal Anak Anda Bersama Empayar Cilik
Penerangan Program:
Cilik Discovery Day ialah program khas anjuran Empayar Cilik yang diadakan setiap hari Sabtu bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang sedang mencari tempat pendidikan awal terbaik untuk anak-anak mereka. Melalui sesi lawatan ini, ibu bapa dapat melihat sendiri suasana pembelajaran, kemudahan fizikal dan pendekatan pendidikan yang ditawarkan oleh Empayar Cilik.
Setiap lawatan adalah berdasarkan temu janji, dan akan dikendalikan oleh wakil guru dari cawangan pilihan ibu bapa. Mereka akan memberikan penerangan secara langsung, menjawab persoalan, serta membawa ibu bapa melalui roadtour mini di premis kami.
Ibu bapa juga boleh membuat tempahan awal atau pendaftaran terus bagi anak-anak yang berminat menyertai program kami.
🎯 Objektif Program:
1. Memberi peluang kepada ibu bapa melihat dan memahami persekitaran pembelajaran di Empayar Cilik secara lebih dekat.
2. Menjalin hubungan awal yang mesra dan terbuka antara ibu bapa dan pasukan pendidik.
3. Menyediakan ruang konsultasi bagi menjawab segala persoalan berkaitan kurikulum, aktiviti dan keperluan anak-anak.
4. Memudahkan proses pendaftaran awal dengan sistem yang lebih terancang dan peribadi.
5. Meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan awal yang ditawarkan oleh Empayar Cilik.