Objek Pembelajaran Digital merupakan satu terma yang mula diperkenalkan oleh David Wiley pada tahun 2000. Pelbagai definisi diberikan kepada Digital Learning Objects tetapi secara umumnya OPD adalah merupakan sumber dan teknologi digital yang direka bentuk untuk pengajaran dan pembelajaran dengan beberapa ciri yang menjadikan DLO berkesan (effective) , menarik (appealing) dan menambahkan kecekapan (efficiency). Ada yang merujuk kepada unit modul yang kecil yang boleh diguna semula (re-use) dan ada yang merujuk OPD sebagai satu 'instructional event' yang merangkumi satu semester.
Untuk DLO-KPPB konsep Digital Learning Object adalah berdasarkan Model KPPB yang direka bentuk sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa warga IPGM.Â