PENGENALAN
PENGENALAN
Unit e-Pembelajaran merupakan pemudah cara utama dalam merancang, mengurus dan mentadbir hal ehwal berkaitan pelaksanaan e-Pembelajaran di Politeknik Port Dickson. Unit ini berperanan memperkasakan pensyarah dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara blended learning, sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini.
Selain itu, Unit e-Pembelajaran turut menyokong pencapaian Indikator Prestasi Utama (KPI) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) institusi, selaras dengan kehendak dan panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) setiap tahun.