EKSA DIY - ZON VEKTOR

INFO ZON VEKTOR

Zon Vektor merupakan salah satu zon yang ada di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Zon vektor terletak di dalam kawasan Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang iaitu kira-kira 15 km dari Ibu Pejabat JKNT. Terdapat 2 unit yang berada di Zon Vektor iaitu Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dan Unit Entomologi & Pest. Skop tugas zon vektor meliputi pemantauan aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor seperti denggi, malaria, filariasis, chikugunya, JE dan lain-lain, pengawasan vektor kepada penyakit dari segi kepadatan dan status kerentanan.


Zon Vektor mempunyai 43 anggota, dengan 2 blok bangunan iaitu Blok A dan Blok B yang merangkumi Ruang Pejabat, Bilik Pegawai, Bilik Mesyuarat, Surau, Stor, Makmal Kaji Darah, Makmal Kaji Serangga dan Insektarium.


Alamat:
Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

d/a: Klinik Kesihatan Bukit Payong

21400 Marang, Terengganu.

Lokasi Zon Vektor

EKSMATOR

GARIS PANDUAN EKSA KKM (KLIK gambar untuk pautan)