EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN
EKSA JKN Negeri Sembilan
Apa itu EKSA?
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU. Ia telah mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKNNS.
DASAR EKSA
Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif, dan selamat.
OBJEKTIF EKSA
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, dan selesa pada setiap masa.
Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti, dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga JKNNS.
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan kreatif.
Falsafah EKSA
"Setiap borang ada tempatnya, setiap tempat ada barangnya"
KATEGORI : CEMERLANG
1 Disember 2023 hingga 30 November 2025