1. PENDAHULUAN
Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga bidang utama, iaitu Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/ Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga bidang ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuat kuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996-Seksyen 18 dan 30).
Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada PdPc murid serta pembentukan modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
2. OBJEKTIF
a. Memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang kokurikulum.
b. Membentuk keyakinan dan jati diri serta menimba pengalaman baru yang belum pernah mereka rasai.
c. Memberi peluang kepada murid menyertai kejohanan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
3. MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat membuka minda Murid Berkeperluan Khas dalam:
a. Mengenal pasti potensi yang sedia ada dalam diri murid untuk dijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan positif dalam diri dalam menghadapi dunia sebenar.
b. Mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri daripada pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan masyarakat amnya.
4. KAJIAN KEPERLUAN
Program ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan ianya salah satu aktiviti pembelajaran yang menarik bagi murid-murid. Akibat daripada pandemik Covid-19, aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan dalam norma baharu iaitu secara tidak bersemuka. Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan Tahun 2021 diadakan sepenuhnya secara dalam talian.
5. SASARAN
Murid Berkeperluan Khas di Malaysia
6. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 01 Oktober - 22 Oktober 2021
Kaedah : Secara dalam talian
Tempat : Negeri masing-masing