Melalui infografik ini ada 10 infomasi penting mengenai STAM yang perlu anda ketahui iaitu:
APA ITU SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)?
Berikut penerangan terperinci tentang STAM yang perlu anda tahu.
1) Latar Belakang
- Sijil STAM sebagai syarat kelayakan memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Menggantikan 26 sijil yang dikeluarkan oleh negeri-negeri secara berasingan.
2) Usahasama
Termeterai Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.
3) Tarikh Mula
Peperiksaan STAM disebarluas dan dilaksanakan mulai tahun 2000.
4) Kurikulum dan Buku Teks
Diambil daripada Maahad Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir
5) Tiga Bidang
Merangkumi 10 mata pelajaran dalam tiga bidang: Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.
6) Bahasa Pengantar
Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam PdP dan peperiksaan.
7) Pengiktirafan
- STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
- Pemegang sijil STAM layak memohon ke IPTA dengan sijil ini.
8) Syarat Pensijilan
Sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran.
9) Pangkat Sijil
i- Mumtaz (cemerlang)
ii- Jayyid Jiddan (sangat baik)
iii- Jayyid (baik)
iv- Maqbul (lulus)
10) Pengantarabangsaan
Peperiksaan STAM diperkenalkan di Kemboja mulai tahun 2016.
Perkara utama yang anda harus tahu ialah STAM adalah setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma. Pemegang sijil STAM layak untuk memohon kemasukan ke IPTA menggunakan sijil STAM.
HALA TUJU LEPASAN STAM
SUKATAN MATAPELAJARAN STAM