Stay Home to stop the spread of COVID-19 #stayhome #jobabelajar #kitajagakita
Disertakan 3 tugasan subjek RBT utk Tingkatan 1.
1. https://create.kahoot.it/share/reka-bentuk-dan-teknologi-t1/5e6efe48-6176-48ea-b47d-d41335552911
Arahan : Sila jawab kesemua soalan pada Kahoot diatas. Soalan meliputi Bab 1. Letakkan nama pendek anda beserta kelas pada nickname. Contohnya jika nama anda Ahmad Zahier dan anda dari kelas 1A, masukkan nickname anda 'Zahier1A'.
Arahan: Sila jawab kuiz Microsoft Forms ini. Soalan-soalan meliputi bab Pengurusan Projek. Setelah menjawab kesemua soalan, klik butang 'submit'. Selepas itu, klik butang 'View results' untuk mengetahui markah anda.
3. RBT Tingkatan 1-Peta Minda Pengurusan Projek - https://wke.lt/w/s/MsTjIN
Arahan: Buat peta minda berkenaan bab pengurusan projek dalam buku nota, atau sehelai kertas. Tuliskan nama anda dan kelas pada peta minda itu. Kemudian, tangkap gambar hasil kerja anda itu dan muat naik ke wakelet collection ini. Hasil peta minda anda ini amat berguna untuk nota pada saat akhir peperiksaan.
Nota: Jika terdapat masalah untuk muat naik ke Wakelet, selepas habis cuti nanti tunjukkan peta minda and kepada guru kelas masing-masing untuk ditanda.
Latihan bab pengurusan projek
Sila jawab kesemua soalan dibawah.
1. Nyatakan maksud pengurusan projek dan nyatakan 3 komponen pengurusan projek.
2. Jelaskan apa itu pengurusan sumber.
3. Jelaskan maksud penjadualan projek
4. Apakah tujuan peringkat pengawalan dalam proses menyiapkan projek
5. Berikan 3 peranan rekabentuk kepada
i. Individu
ii. Masyarakat
iii. Pengeluar dan negara
6. Berikan maksud SMART dalam pengurusan kos?