"Jika kita mahu jadikan media sosial pentas untuk memperkenalkan diri dengan cepat sememangnya sangat sesuai, ini kerana adanya element "viral" pada medium ini namun bukan semua mahu jadikanya ianya pilihan kerana di sini kita mungkin akan kehilangan sesuatu dalam hidup yang dinamakan " Privacy".
Salam bicara mukadimah
Saya seperti nama tertera seorang insan biasa yang telah melalui kehidupan yang sederhana. Namun saya punya banyak keinginan yang selalu disebutkan sebagai impian. Jika saya di pentas ceramah saya jarang menjelaskan tentang diri saya secara panjang lebar. Pada saya jika seseorang ingin mengetahui tentang kita dia akan mencari maklumat tentang diri kita.
Pada zaman digital ini google saja nama seseorang tu pasti ada maklumat tentang dia. Jika kita mahu jadikan media sosial pentas untuk memperkenalkan diri dengan cepat sememangnya sangat sesuai, ini kerana adanya element "viral" pada medium ini namun bukan semua mahu jadikanya ianya pilihan kerana di sini kita mungkin akan kehilangan sesuatu dalam hidup yang dinamakan " Privacy".
setiap apa yang kita kongsi secara umum kita akan memberi akses kepada semua orang tanpa perlu kebenaran kita.Oleh itu akan wujud dua golongan yang kita geralkan sebagai Follower dan Haters. Kita kena terima hakikat bahawa setiap apa yang kita bawa pasti ada yang suka dan ada juga yang tidak bersetuju. Ini kerana bukan semua content yang kita buat bertemu dengan kumpulan sasar yang perlukan apa yang kita kongsikan.
Salah satu kaedah untuk menapis audience yang kita inginikan walaupun tidak secara total kita boleh halakan mereka secara trafik kepada platfrom lain.
Satu usaha kecil dari target audience walaupun sekecil "Loading Time" juga sangat bermakna. Jika mereka mampu menunggu 1 atau 2 saat loading untuk membaca content kita maka mereka adalah orang yang betul-betul inginkan maklumat lanjut tentang apa yang kita kongsikan.
Tulisan spontan ini adalah untuk menerangkan tujuan saya berada di sini. Saya seorang yang ada beberapa kemahiran dalam media sosial yang boleh saya kategorikan ianya sebagai satu hobi.
Namun ianya terlompat-lompat dan mengikut keadaan. Oleh itu ianya membuatkan saya tidak konsisten. Dulu saya suka buat Live saya saya boleh bercakap tanpa skrip dalam tempoh masa yang lama.
Namun banyak sensitiviti terhadap kerja hakiki saya. Akhirnya saya memilih untuk perlahankan aktiviti ini kerana ada satu pekeliling dikeluarkan untuk seorang penjawat awam menyerahkan semua maklumat perniagaan termasuk akses media sosial untuk mendapatkan kebenaran ketua Jabatan jika seseorang penjawat awam itu ingin membuat perniagaan.
Betul ianya kedengaran seperti kerajaan tidak mahu penjawat awam kaya dan ada income sampingan. Namun kalau kita tukarkan diri kita kepada majikan atau owner bisnes pasti kita juga tidak mahu masa pekerja kita yang kita tukarkan sebagai gaji yang kita bayar dihabiskan untuk kerja lain yang tidak bersangkut paut dengan skop kerja yang kita berikan. Peraturan ini adalah untuk mengawal seoarang penjawat boleh mengimbangi kerja hakiki dan side hustle yang dibuat.
Susah juga cari ending tulisan ini.
Apa-apa pun kita akan sambung di blog tab akan datang..
.
Baik untuk ketika ini saya mahu katakan Hai dan salam kepada anda yang sudi membaca sehingga coretan akhir ini..
Saya Ebby Nasrol..