Bau Disrict Education Office atau Pejabat Pelajaran Daerah Bau telah wujud sebelum kemerdekaan Sarawak melalui penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Dalam mesyuarat kedua Majlis Daerah Bau (Bau District Council) pada 21 Disember 1955, Jawatankuasa Pendidikan (Education Committee) telah dibentuk untuk mengawal selia bidang pendidikan di daerah Bau. Oleh yang demikian, Bau District Education Office beroperasi di premis Majlis Daerah Bau
Pada penghujung tahun 70-an (1979), Pejabat Pelajaran Daerah Bau telah berpindah ke sebuah kedai yang terletak di Industrial Shop Bau berdekatan dengan stesen minyak Shell hingga tahun 1982.
Dalam pertengahan tahun 1982, di bawah Encik Mathew Teo, iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Bau yang petama, pejabat ini di telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Tasik Biru
Pejabat Pendidkan Daerah Bau beroperasi di premis sendiri di atas tapak Lot 286, Blok 12, Senggi-Poak Land District di Jalan Tasik Biru (Jalan Bidi Lama).
Bermula 18 September 2023, Pejabat Pendidikan Daerah Bau beroperasi di premis sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Singai, Jalan Kampung Apar-Singai, Bau, Sarawak. PPD Bau akan beroperasi di lokasi tersebut sehingga premis kekal siap dibina.
Pembinaan pejabat baharu PPD Bau telah diluluskan dalam pembentangan Bajet 2023 pada Februari 2023 di bawah Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke 12.