ARAS 2, PUSAT SUMBER JAKESS
Pusat Sumber Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merupakan sebahagian daripada Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS JAKESS). Pusat Sumber JAKESS dikategorikan kepada dua (2) iaitu Pusat Sumber Utama (Ibu Pejabat atau Mahkamah Tinggi Syariah) bertempat di Shah Alam dan 12 Mini Pusat Sumber yang beroperasi di setiap Mahkamah Rendah Syariah Daerah yang menjadikan keseluruhan jumlah adalah 13 buah.
Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS) diketuai oleh Pegawai Penyelidik Kanan, Pejabat Ketua Hakim Syarie bersama lima (5) orang Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah dan terdiri dari seorang pembantu pustakawan serta 12 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik bagi mewakili setiap Mahkamah Rendah Syariah.
FUNGSI PUSAT SUMBER
Merancang, mengurus dan menyelaras perkhidmatan pusat sumber peringkat jabatan dan di seluruh Mahkamah Rendah Syariah Daerah berpandukan garis panduan kebangsaan dan antarabangsa.
Melaksanakan program pembudayaan ilmu dan membaca bagi jabatan dan menyelia ruang bacaan dan perkhidmatan fasiliti kepada warga kerja jabatan, peguam dan orang awam.
Menyediakan bahan rujukan seperti buku ilmiah, kitab rujukan undang-undang/fiqh/tauhid/sejarah kepada warga kerja jabatan, peguam, pendakwa, ahli akademik, pelajar dan orang awam.
Menguruskan perkhidmatan pinjaman buku dan bahan rujukan kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan jabatan.