3.3.1 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu Kelantan
3.3.2 PELAN SEKOLAH
3.3.3 LOKASI SEKOLAH
Luar bandar
3.3.4 GRED SEKOLAH
A
3.3.5 JENIS SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan
3.3.6 SEJARAH SEKOLAH
Nama asalnya ialah SM Rendah Banggol dan mula dibuka pada tahun 1965. Nama sekarang “SMK Kedai Buloh” yang diperolehi pada tahun 1974 bersempena nama kampung sekolah ini ditempatkan.
Bilangan murid tahun pertama dibuka ialah seramai 77 orang sahaja terdiri daripada 2 kelas. Mereka belajar di waktu petang dengan menumpang bilik-bilik darjah di SK Abdul Hadi Kampung Banggol. Pengetua pertama ialah En. Mohd Nor Ujang dengan dibantu oleh 3 orang guru penolong.
Mereka sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan telah mencari jalan untuk pembinaan sekolah ini dengan berusaha untuk mendapat tapak kekal. Penggawa daerah badang masa itu, En Mohamad bin Hj Abdul Latif (P.S.M) telah mempelopori usaha mendapatkan satu Kawasan untuk dijadikan tapak kekal bangunan sekolah ini dengan Kerjasama Pegawai Jajahan Kota Bharu, Datuk Ismail (Datuk Bentara Kiri) dan Pegawai Pemungut Cukai Hasil Kota Bharu iaitu En Yusuf bin Ismail, satu Kawasan seluas ekar diperolehi di simpang 3 Jalan Kota Bharu, Pantai Cinta berahi (Sekarang dikenali sebagai Pantai Cahaya Bulan) dan Jalan Kuala Besar.
Murid-murid Sekolah Menengah Rendah Banggol dipindahkan ke sekolah baru pada tahun 1969. Dua Blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin telah dibina semasa Tan Sri Abdul Hamid Khan menjadi Menteri Pelajaran dan Datuk Murad Mohd Nor sebagai Ketua Pelajaran Negeri Kelantan.
Tapak baharu ini kerap dilanda banjir tetapi lokasinya dikira lebih adil kerana Kawasan ini dianggap sebagai pusat bagi daerah badang. Pejabat Penggawa Badang, Balai Polis, Klinik Bidan dan Wakil Pos terletak disekitar sekolah ini.
Murid-murid dari empat buah sekolah rendah disalurkan ke sini iaitu murid-murid dari SK Kedai Buloh 1 dan 2, SK Che Latif dan SK Pulau Kundur. Terdapat juga murid-murid SK Semut Api memohon untuk masuk ke tingkatan satu di sekolah ini pada setiap tahun.
Pada tahun 1973 merupakan tahun pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan di sekolah ini. Seramai 30 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM dalam airan sastera. Kelulusan yang dicapai pada peringkat ini ialah 60.00 peratus. Kelas Tingkatan Empat Aliran Sains dimulakan pada tahun 1980. Pada tahun berikutnya seramai 31 orang calon telah menduduki peperiksaan ini. Kelulusan yang dicapai amat memberangsangkan iaitu 90.6 peratus.
3.3.7 VISI, MISI DAN PIAGAM SEKOLAH
Visi Sekolah : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah : Membangun potensi murid melalui pendidikan berkualiti selaras dengan transformasi negara
Piagam Sekolah : Kami warga SMK Kedai Buloh, Kota Bharu dengan penuh azam dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk;
Sentiasa memupuk semangat kerja yang penuh muafakat, dedikasi dan bertanggungjawab bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, bersih dan penyayang tanpa sebarang kecacatan.
Mendidik semua pelajar dengan ikhlas, sabar, dan tekun demi kecemerlangan dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah sepanjang masa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sentiasa memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar bagi mewujudkan Kerjasama dua hala yang baik dan berkesan untuk pendidikan anak-anak mereka
Melaksanakan semua arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negara Kelantan. Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dengan cepat, cekap dan tepat pada setiap masa.
Memberi khidmat, Kerjasama dan layanan mesra kepada semua badan atau agensi yang berurusan dengan sekolah.
3.3.8 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SEKOLAH
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Sekolah
Bahawasanya murid-murid di sekolah ini mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri dari segi kemahiran dan bakat. Oleh itu, peluang dan ruang disediakan semaksimum mungkin untuk mengembangkan potensi tersebut.
3.3.9 LENCANA SEKOLAH
3.3.10 LAGU SEKOLAH
3.3.11 TAKWIM SEKOLAH