E-MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TOPIK DEMOLITION WORKS (KERJA PEROBOHAN) BERASASKAN GAYA PEMBELAJARAN VAK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pelajar yang dikasihi. Selamat datang ke e-modul pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Teknologi Pembinaan 3 (BBD30503) bagi topik Demolition Works (Kerja Perobohan).
e-Modul pengajaran dan pembelajaran ini dibangunkan sebagai e-modul pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan semua pelajar untuk memahami topik Demolition Works (Kerja perobohan) ini. e-Modul pengajaran dan pembelajaran di dalam Google Sites ini mengandungi bahan pengajaran yang sistematik dan selaras dengan silibus pengajaran. Bukan itu sahaja, e-modul pengajaran dan pembelajaran ini juga mempunyai latihan pengukuhan pada setiap subtopik untuk menguji tahap pengetahuan pelajar.
Para pelajar boleh menekan button dibawah untuk mengakses bahan pembelajaran dan latihan pengukuhan untuk setiap subtopik. Para pelajar juga diminta untuk menjawab penilaian akhir setelah pelajar telah menelaah setiap subtopik.
Diharap pelajar-pelajar dapat menggunakan e-modul pengajaran dan pembelajaran yang telah dibangunkan ini dengan jayanya.
Sekian, Terima kasih
GAYA PEMBELAJARAN VAK
Gaya pembelajaran VAK merupakan gaya pembelajaran yang paling terkenal dan kerap diterapkan ketika pembangunan alat bahan bantu mengajar (ABBM) kerana ia amatlah berkesan dalam membantu pelajar memahami sesuatu isi pengajaran (Nadzar, 2022). Gaya pembelajaran VAK merujuk kepada gaya pembelajaran yang melibatkan tiga deria iaitu visual, auditori dan kinestatik. Setiap pelajar akan cenderung untuk menyukai salah satu daripada 3 kaedah pembelajaran yang dinyatakan. Oleh itu, amat penting untuk pelajar mengetahui gaya pembelajaran masing - masing untuk memberikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan. Berikut merupakan penerangan untuk ketiga-tiga gaya pembelajaran yang telah dinyatakan:
Visual bermaksud pelajar cenderung untuk belajar menggunakan mata iaitu melalui penglihatan seperti melihat gambar, menonton video dan membaca.
Auditori bermaksud pelajar cenderung untuk melakukan pembelajaran yang melibatkan audio dimana pelajar belajar melalui telinga seperti mendengar, bertutur dan melakukan perbincangan.
Kinestetik bermaksud pelajar lebih cenderung untuk belajar dengan melakukan pergerakan atau dalam erti kata lain, pelajar lebih cenderung untuk belajar melalui pengalaman setelah melakukan pergerakan sepeti menyentuh dan bergerak
Oleh itu, mengaplikasikan aktiviti PdP yang dilengkapi gaya pembelajaran VAK adalah sangat penting kerana ia dapat melancarkan pembelajaran pelajar sepertimana diketahui umum bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan (Azman & Ab Rahman, 2022).
Para pelajar boleh menyemak gaya pembelajaran masing - masing menggunakan pautan link di bawah:
PENGENALAN DAN HASIL PEMBELAJARAN BAGI TOPIK DEMOLITION WORKS (KERJA PEROBOHAN)
Demolition Works (Kerja Perobohan) merujuk kepada proses memusnahkan bangunan atau struktur yang sedia ada. Ia boleh dilakukan atas pelbagai sebab seperti untuk membina semula, memastikan keselamatan, atau memberi ruang kepada pembangunan baru. Demolition Works (Kerja Perobohan) memerlukan perancangan teliti, pelaksanaan berhati-hati, dan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta alam sekitar untuk memastikan ia dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan. Oleh itu, topik Demolition Works (Kerja Perobohan) ini sangat penting untuk difahami dengan baik oleh para pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat:
Menerangkan kaedah dan teknik yang terlibat dalam kerja perobohan dengan betul
Menjelaskan prosedur dan proses yang terlibat ketika kerja perobohan dengan tepat
Menghuraikan langkah keselamatan dan pihak berkuasa yang terlibat ketika kerja perobohan dengan betul
SILIBUS UNTUK TOPIK DEMOLITION WORKS (KERJA PEROBOHAN)