Ujian dibawah adalah "Ujian Dalam Talian" yang disediakan oleh UPBK MRSM Mukah, hasil ujian akan dihantar terus ke email anda.
Inventori Minat Kerjaya (IMK) melalui sebaran di laman e-Potensi MARA ini diwujudkan bagi menggalakkan pelahar mengenalpasti kecenderungan diri sebelum meilih sesuatu bidang pengajian. Untuk mendapatkan konsultasi, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://epotensi.mara.gov.my/
Self Directed Search (SDS) mengandungi 192 soalan. Self-Directed Search (SDS) ialah alat penilaian kerjaya yang direka untuk membantu individu meneroka laluan kerjaya yang berbeza yang sejajar dengan minat, kebolehan dan personaliti mereka. Ia telah dibangunkan oleh ahli psikologi John L. Holland, dan ia berdasarkan teori keperibadian vokasional dan persekitaran kerja Holland . Untuk mendapatkan konsultasi, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://ipsikologi.uthm.edu.my/ujian_psikologi.php
Inventori Personaliti Warna (IPW) ini mengandungi 100 soalan. Ujian Personaliti Warna merupakan ujian yang boleh dijadikan rujukan awal berkaitan personaliti individu mengikut warna. Terdapat empat personaliti warna iaitu emas, hijau, biru dan jingga. Untuk mendapatkan konsultasi, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://ipsikologi.uthm.edu.my/warna-setuju.php
Ujian Gaya Belajar (UGB) ini mempunyai 24 soalan. Ujian Gaya Belajar ini merupakan penilaian bagi menentukan gaya pembelajaran sama ada seseorang individu itu belajar secara auditori dimana ia berfokus kepada pendengaran, visual yang berfokus kepada penglihatan dan kinestatik iaitu pembelajaran secara amali. Untuk mendapatkan konsultasi, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://ipsikologi.uthm.edu.my/belajar-setuju.php
Big Five Inventory (BFI) merupakan ujian yang mengukur 5 jenis dimensi personaliti iaitu Ekstraversi (Extraversion), Kesetujuan (Agreeableness), Kehematan (Conscientiousness), Neurotisisme (Neuroticism) dan Keterbukaan (Openness). Secara umumnya ujian ini hanyalah sekadar penilaian ringkas. Untuk maklumat lanjut anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi bersama kaunselor anda. Ujian ini mengandungi 44 soalan.
Sumber : https://ujianpsikologi.jpm.gov.my/ujian.ujianBigFive
Ujian Penghargaan Kendiri ย merupakan instrumen yang mengukur tahap penghargaan kendiri individu. Untuk maklumat lanjut anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi bersama kaunselor anda. Ujian ini mengandungi 28 soalan.ย
Sumber : https://ujianpsikologi.jpm.gov.my/ujian.penghargaanKendiri
Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9) terdiri daripada soalan 9 instrumen untuk membuat saringan tanda-tanda atau simtom dan tahap keterukan kemurungan. Untuk medapatkan diagnosis, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://mentari.moh.gov.my/
Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) ialah soal selidik 21 item yang direka untuk mengukur keadaan kesihatan mental dan emosi semasa, mengenal pasti tanda-tanda atau simtom Kemurungan, Kebimbangan atau Tekanan. Untuk medapatkan diagnosis, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.ย
Sumber : https://mentari.moh.gov.my/ย