Terbuka kepada semua pensyarah/penyelidik Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.
Jumlah penulis dalam satu kertas kajian adalah TIDAK MELEBIHI 3 orang.
Penulisan Kertas Kajian boleh dibuat di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Pendaftaran kertas kajian adalah secara atas talian dan boleh dibuat melalui google form yang disediakan di laman web rasmi E-FAMB 2020. Peserta perlu menghantar ABSTRAK bersama dengan pendaftaran.
Tarikh TUTUP pendaftaran adalah pada 13 SEPTEMBER 2020 sebelum jam 5.00 petang.
Peserta akan menerima surat kelayakan daripada pihak urusetia selewatnya pada 15 SEPTEMBER 2020 melalui email yang telah didaftarkan.
Yuran Penyertaan bagi setiap kertas kajian adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja).
Peserta diminta membuat pembayaran dan menghantar BUKTI BAYARAN berserta Kertas Kajian PENUH mengikut templat yang ditetapkan kepada urusetia melalui google form yang disediakan di laman web E-FAMB selewatnya pada 21 SEPTEMBER 2020 sebelum jam 5.00 petang.
Kegagalan peserta mengemukakan bukti bayaran akan menyebabkan penyertaan peserta digugurkan.
Abstrak dan kertas kajian PENUH akan di SEMAK oleh penilai yang telah dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan saringan. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
Kertas kajian PENUH yang telah diperbaiki berdasarkan komen penilai perlu dihantar kepada pihak penganjur melalui google form yang disediakan di laman web E-FAMB selewatnya pada 7 OKTOBER 2020 sebelum jam 5.00 petang.
Kertas kajian PENUH yang tidak diperbaiki berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam e-Prosiding Seminar E-FAMB 2020.
Pembentangan kertas kajian adalah pada 11 dan 12 OKTOBER 2020 secara atas talian menggunakan aplikasi Webex. Peserta perlu menyediakan slaid pembentangan. Durasi pembentangan adalah 10 MINIT sahaja tidak termasuk sesi soal jawab.
Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dimansuhkan penyertaan serta sijil tidak akan dikeluarkan kepada peserta. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan.
Sijil pembentang hanya dikeluarkan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada 1 orang pembentang sahaja). Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan diterbitkan dalam e-Prosiding. Sijil akan diposkan ke alamat yang didaftarkan.
Nama yang tertera di dalam sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pendaftaran atas talian.
Abstrak mestilah dihantar di dalam format word mengikut format berikut : Font Century Gothic, 10 point, Justify, Single-spaced.
Abstrak harus mengandungi objektif, metodologi dan hasil kajian.
Panjang teks abstrak tidak boleh melebihi 250 perkataan.
Abstrak menekankan aspek utama keseluruhan kertas dalam urutan yang ditetapkan yang merangkumi tujuan keseluruhan kajian dan masalah penyelidikan, reka bentuk asas kajian, penemuan utama hasil dari analisis anda; dan ringkasan tafsiran dan kesimpulan ringkas anda.
Kata Kunci perlu diletakkan di bahagian akhir abstrak pada perenggan yang lain dengan maksimum 5 perkataan sahaja [format : font Century Gothic, 9-point, justified].
Templat abstrak boleh dimuat turun dari website ini.
Kertas kerja penyelidikan boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Kertas kerja adalah terhad kepada lapan (8) mukasurat sahaja, termasuk rujukan.
Semua teks mestilah dalam format berikut : Font Century Gothic, 10 point, justified alignment dan single-spaced interline spacing.
Margin muka surat adalah 2.5 cm di atas, bawah, kiri dan kanan mukasurat.
Perenggan kedua dan seterusnya perlu mempunyai spacing 1. Tiada indent untuk perenggan pertama.
Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Templat Kertas Kajian Penuh yang boleh dimuat turun daripada laman web E-FAMB 2020.