PENGENALAN
PENGENALAN
Kediaman yang serba-serbi baharu, @D'WIRA Homestay Pasir Mas yang akan mula beroperasi secara langsung pada bulan November 2022, semoga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengungjung.
Terletak di sebelah kiri Jalan Keretapi Pasir Mas - Slow Machang. Lokasi hanya 1.5km dari bandar Pasir Mas merupakan tempat yang strategik kepada para pengunjung yang inginkan kediaman sementara seperti sebuah chalet dan resort.
Nak santai makan petang bersama keluarga, jom ke Kedai Abe Mat Cholek Perut Hanya 3.2km sahaja dari @D'WIRA Homestay. Pasti anda akan teruja akan KESEDAPAN COLEK yang bukan kaleng-kaleng.
Atau pun mungkin anda teringin nak rasa masakan ALA SIAM daripada sepupu kepada pengacara terkenal NEELOFA, Restoran Kelantan Thai, 1.7 km daripada @D'WIRA Homestay. Kat sini masakan dia memang memukau perut. Dengan hidangan bermacam lauk pauk yang mungkin akan menyebabkan anda mengigau sepanjang malam.
Atau pun anda juga boleh menikmati makan malam yang mengiurkan di Ibrahim & Lah Restaurant. Dengan kemahiran dan kepakaran memasak yang tak terkalahkan semenjak dahulu lagi. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja mengetahui kesedapannya.
Untuk anda yg penggemar coffee bolehlah ke Nasken Coffee Pasir Mas berada tidak jauh dari @D'WIRA Homestay. Bertambah seronok kalau pekena coffee panas² lepak² dengan family dan kawan² pada waktu malam, setelah penat keluar berjalan² pada siang hari.
@D'WIRA Homestay Pasir Mas, menyediakan ruang parkir yang luas serta mudah untuk meletakkan kenderaan anda tanpa sebarang bayaran dan ianya memudahkan anda untuk mengangkut barang-barang peribadi anda ke dalam rumah.
@D'WIRA Homestay Pasir Mas, kami mempunyai 2 unit kediaman rumah teres sebelah menyebelah. Sangat sesuai untuk sebarang majlis kekeluargaan dan berkumpulan.
Setiap satu unit mempunyai ruang tamu, bilik air dan 4 bilik tidur yang sangat selesa. Ia juga dilengkapi dengan set sofa, katil, pemanas air dan penyaman udara untuk memastikan keselesaan para pengunjung.
Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami. Terima Kasih di atas kunjungan anda. Semoga akan bertemu lagi diwaktu yang mendatang, Insya-Alloh.
Link rakan-rakan semoga ianya membantu: