CARA MENULIS RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK BUKU
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai penulisan rujukan untuk buku:
-Nama pengarang diikuti noktah
-Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
-Tahun penerbitan diikuti noktah
-Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi seperti 1412H/1992
-Judul buku (condong) diikuti noktah
-Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
-Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri
(jika ada) diikuti noktah
-Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke-… dan diikuti noktah
-Bilangan jilid diikuti noktah
-Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih
-Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit gunakan tempat yang pertama.
Contoh:
New York, London, Paris hendaklah ditaip New York.
-Penerbit diikuti noktah
-Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau
dengan ensotan 12.5 mm.
Contoh:
a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: Enda Gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Brown, R. 1988. Topology: A Geometric Account of General Topology, HomotopyTypes and The Fundamental Groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.
Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat Ansab al-carab. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Miller, R.K. 1989. The Informed Argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
b. Pengarang bersama
Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan Persekitaran dan Kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan Berangka Kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for Clinical Practice: A Source Book. New York: The Free Press.
Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing Organizational Behaviour. London: MacMillan.