Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST 2022) dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sebagai tuan rumah. Pertandingan ini telah dijalankan bermula pada tahun 2013 - 2021 dan menjangkau tempoh 9 tahun pelaksanaannya.
Objektif DST 2022 ialah untuk:
Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan animasi kreatif;
Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi kreatif;
Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif; dan
Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif.
DST 2022 bermula pada 20 Julai 2022. Hasil produksi video animasi setiap pasukan sekolah perlu dihantar sebelum atau pada 20 September 2022.
Pada tahun ini tema yang dipilih adalah berdasarkan buku teks Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral bagi menyokong lebih banyak bahan kreatif dan interaktif dihasilkan.
Terbuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan dan tidak melebihi 5 (lima) pasukan untuk penyertaan.
Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh (3) tiga orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak, dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.
Kategori yang dipertandingkan adalah:
a) Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
b) Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
Tema produksi bagi setiap kategori ialah mana-mana bidang/unit dalam Buku Teks Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.
Keputusan hakim adalah muktamad.
1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik.
a. Mempunyai papan cerita (storyboard) - iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.
b. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian daripadanya.
c. Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).
d. Produksi mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap runut bunyi yang mempunyai hak cipta terpelihara,
butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.
e. Produksi adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan animasi atau yang sepertinya.
f. Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
g. Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
h. Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu.
i. Produksi hendaklah dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik animasi yang diterima adalah:
a. Tradisional
b. Stop motion
c. Computer animation (2D/3D)
d. Erasure animation
1. Grafik
2. Teknik Animasi
3. Videografi / Suntingan
4. Papan Cerita (Storyboard)
5. Penataan Audio
6. Finishing