Nama Syarikat : DS Pharma Herbs Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran : 379214 - T
Penubuhan : 2013
Kilang bumiputera pertama yang mendapat lesen GMP tradisional yang diiktiraf NPRA KKM untuk memproses dan menghasilkan pelbagai bentuk dos seperti serbuk, kapsul, tablet dan cecair untuk kegunaan luar. Dimiliki 100% oleh bumiputera atas nama pemilik Datin Sabrina Binti Ahmad.
DS Pharma Herbs juga melahirkan pelbagai jenis produk-produk yang berasaskan herba yang sangat berjaya dalam pasaran hari ini.
DS PHARMA HERBS SDN. BHD.
LOT 54, IKS KEDA NAPOH,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Menjadi salah satu pengilang yang terkenal dengan mengeluarkan produk-produk berasaskan herba-herba tradisional dalam pelbagai bentuk dan mempunyai kelulusan MAL untuk pelbagai kesihatan sehingga peringkat Global.
Meluaskan pasaran produk-produk berasaskan HERBA hingga ke peringkat internasional.
Memastikan usahawan-usahawan ataupun pengeluar-pengeluar produk berasaskan herba memiliki LESEN MAL ataupun berdaftar dengan NPRA dengan mengikut piawaian ditetapkan.
Memilih herba-herba yang sangat berpotensi untuk penjagaan kesihatan yang terbaik.
Membekalkan produk terus ke usahawan dan pengeluar produk.
Menjadi saluran utama menyalurkan maklumat berkaitan produk-produk herba yang berdaftar.
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan profesional dari segi formulasi dan pendaftaran produk.
Meluaskan lagi pasaran produk-produk berasaskan herba ke peringkat global.
Berusan dengan lebih efisien dan lebih profesional kepada semua para usahawan / bakal usahawan.
Sentiasa bersedia dan lebih peka pada setiap apa perubahan yang berlaku, supaya mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada para pelanggan serta para usahawan.
Melahirkan usahawan baru yang berjaya dengan penjenamaan produk sendiri.
Mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan kilang dengan lebih berkualiti.
SUMBANGAN
MEMBERIKAN IDEA TAMBAHAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK TRADISIONAL & SUPLEMEN KESIHATAN OEM YANG BERKUALITI TINGGI.
Kami memberi penyelesaian untuk mencipta produk dengan pengambilan mudah melalui sistem pengeluaran yang memberi kesan yang efektif sama ada dalam bentuk kapsul, tablet, dan sebagainya.
Membantu mendapatkan komposisi bahan yang betul dan bentuk produk yang membawa kesan serta-merta.
Kami memahami "trend" pasaran yang terkini melalui kaji selidik dipasaran semasa.
AMALAN PERKILANGAN BAIK / (GMP)
Kilang kami berstatus Amalan Perkilangan Baik (APB). APB adalah suatu piawai yang perlu dipatuhi oleh pengilang produk farmaseutikal/tradisional berdaftar dan kosmetik bernotifikasi bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Istilah APB juga sering dikenali dalam istilah Bahasa Inggeris sebagai Good Manufacturing Practice (GMP).
Produk berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dijual dan digunakan di Malaysia. Ubat ini telah dinilai dan diuji keberkesanan dan keselamatannya. Setiap produk berdaftar diberikan nombor pendaftaran, yang wajib dicetak pada label atau bungkusannya. Semua nombor pendaftaran produk bermula dengan ‘MAL’, sebagai contoh MAL12345678T/TC adalah untuk produk tradisional dan MAL12345678N/NC adalah untuk produk supplemen. Manakala untuk kosmetik pula bermula dengan 'NOT', sebagai contoh NOT12345678K.
Produk kosmetik adalah sebarang bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, organ genital luaran, gigi dan rongga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, memperbaiki/mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga dalam keadaan yang baik.