PENDAHULUAN
Kokurikulum merupakan komponen wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar dan menjadi penentu kecemerlangan akademik pelajar. Tumpuan pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk melahirkan guru-guru permulaan yang berpengetahuan untuk menjadi jurulatih, pegawai/pengadil dan mengelolakan aktiviti kokurikulum apabila bertugas di sekolah kelak. Sehubungan itu, Pensyarah penasihat digalakkan untuk menunjukkan usaha dan daya cipta sendiri bagi menghasilkan guru permulaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan memfokuskan kepada Kemahiran Asas,Kemahiran Kepegawaian, Kemahiran Kejurulatihan dan Kemahiran Kepengelolaan (4K) di dalam aktiviti kokurikulum. Pensyarah-pensyarah penasihat dan pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan profesional sebagaimana yang ditetapkan di dalam sukatan pelajaran kokurikulum untuk setiap pengkhususan dan MS ISO 9001:2008.
OBJEKTIF
Di Institut Pendidikan Guru (IPG) penglibatan pelajar dalam kursus kokurikulum adalah wajib. Kelulusan dalam komponen ini adalah prasyarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Diploma Perguruan Malaysia dan Sijil Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Tujuan kursus kokurikulum diwajibkan adalah seperti berikut:
Membolehkan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran asas dalam semua program/ aktiviti kokurikulum di sekolah.
Menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan semua program/ aktiviti kokurikulum di sekolah.
Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratis, berdisiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patriotisme.
Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif dan daya tahan dalam menghadapi tugas, dan
Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan pelajar dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang.
GELERI BERGAMBAR
GELERI VIDEO