Platform Digital Learning (PDL) diwujudkan untuk memudahkan perkongsian bahan mengajar pelbagai format daripada semua pensyarah untuk kegunaan akademik. Ia boleh diakses bila-bila masa dan di masa sahaja. Perkongsian pengetahuan menggunakan teknologi yang terbaik seperti telefon pintar dan tablet untuk menyebarkan pembelajaran.
PDL ini adalah satu sumber pengetahuan dan berfungsi sebagai repositori pusat kedua-dua bahan pembelajaran profesional dan akademik untuk pensyarah, yang mengandungi penerbitan, nota panduan, video pengajaran dan pembelajaran serta kursus yang difasilitasi oleh jawatankuasa e-Pembelajaran PNS.