Diedashop Bakery&Pastry beroperasi di Kampung Balik Bukit 02500 Mata Ayer Kangar, Perlis.
Bakeri ini milik sepenuhnya Roshida bt Kamih @ Alwi. Bakeri kami berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Malah bakeri ini mendapat bimbingan secara langsung daripada KEMAS, KOLEJ KOMUNITI dan NCER Empowerment Perlis.
Kami mula beroperasi secara separuh masa bermula pada tahun 2008 sehingga kini kami telah menukar modus operasi kepada sepenuh masa operasi.
Premis kami beroperasi pada setiap hari (Isnin sehingga Ahad).
Kami membuat penghantaran ke seluruh Perlis dan Kedah.
Bagi negeri- negeri lain, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui KARGO (Langkawi), bas ( untuk kapasiti melebihi 5kg) dan pos untuk barang kurang daripada 5 kg ke bawah.