Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :
Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.
Memberi khidmat nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap setiap institusi pendidikan yang diperiksa secara bersemuka dan bertulis bagi membolehkan pihak institusi berkenaan mengambil tindakan penambahbaikan.
Mengemukakan Laporan Pemeriksaan Institusi Pendidikan kepada Menteri Pendidikan dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.