Pena Demokrat UKM adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memupuk budaya membaca dan menulis dalam kalangan mahasiswa, terutamanya mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Inisiatif ini membuka ruang kepada para mahasiswa untuk berkongsi pandangan, idea, dan pengalaman mereka melalui penulisan yang boleh dihantar untuk diterbitkan di Blogger Demokrat UKM. Setiap penulisan yang dihantar akan melalui proses saringan yang teliti bagi memastikan kualiti sebelum diterbitkan. Melalui Pena Demokrat UKM, mahasiswa berpeluang untuk memperkaya perbincangan akademik dan sosial, di samping mengasah kemahiran menulis mereka dalam suasana yang inklusif dan konstruktif.
Penghantaran Penulisan Pena Demokrat UKM
Borang Maklum Balas Pena Demokrat UKM
Sekapur Sirih Pengasas Pena Demokrat UKM
Pena Demokrat UKM lahir daripada semangat untuk mengembalikan suara mahasiswa di kampus. Kami percaya bahawa setiap idea, pandangan, dan kritikan adalah penting dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.
Bersama-sama, kita akan memastikan bahawa kebebasan akademik dan hak bersuara terus dipelihara. Berkaryalah wahai mahasiswa! - Mustaqim Badrul Hisham
Blogger Demokrat UKM