Jadual Pertandingan Debat Terbuka Astar 26 2024[1].pdf
PENGENALAN
Apakah itu Debat Terbuka ASTAR (DTA)?
Debat Terbuka ASTAR (DTA) merupakan satu projek tahunan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Akademik dan Intelektual (ADIN) Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Projek ini telah menjadi medan perdebatan yang terkemuka dan menarik penglibatan pasukan-pasukan debat terbaik dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), kolej-kolej, dan pasukan persendirian. Pada kali ini Debat Terbuka ASTAR (DTA) akan menyambut anjuran yang ke-26 bertemakan "Komunikasi Digital" dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai peneraju, penaung dan perasmi Debat Terbuka Astar Edisi ke-26 pada tahun ini.
Logo
Debat Terbuka ASTAR (DTA) Ke-26
Tujuan Debat Terbuka ASTAR (DTA) dianjurkan
Tujuan utama penganjuran Debat Terbuka ASTAR (DTA) adalah untuk mencipta medan perdebatan yang unggul antara pasukan debat terbaik Malaysia. Debat Terbuka ASTAR (DTA) menggalakkan pemikiran secara kritis dalam kalangan peserta untuk berdebat mengenai isu-isu semasa dari pelbagai perspektif dan menyumbang kepada penyebaran budaya perbahasan dan perbincangan ilmiah dalam kalangan mahasiswa/i.
Tahukah anda?
Debat Terbuka ASTAR (DTA) telah bermula sejak tahun 1997 lagi menjadikannya pertandingan debat universiti tertua dan paling lama dalam sejarah. Debat Terbuka ASTAR dianggap sebagai salah satu pertandingan debat paling berprestij dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Pertandingan ini menjadi platform bagi ramai pendebat untuk mengasah kemahiran retorik dan pemikiran analitis mereka.