“Semuanya bermula dengan kerja kursus Sejarah PMR.”
Sejak diperkenalkan dengan keringkam semasa menyiapkan kerja kursus sejarah di bangku sekolah, saya terus jatuh cinta dengan kehalusan sulamannya dan warisan yang dibawanya.
D'Cloveries lahir daripada minat yang mendalam itu sebagai usaha untuk meneruskan warisan nenek moyang dan memperkenalkan keindahan keringkam kepada generasi muda hari ini.
Setiap helaian keringkam yang dihasilkan bukan sekadar aksesori, tapi cebisan budaya yang ingin kami kongsi dengan dunia dengan cinta, sabar, dan kebanggaan sebagai anak Sarawak.