Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, pertama kalinya DASHBOARD SK KEBAKAT JAYA dapat dihasilkan. Dashboard ini satu inovasi bagi memudahkan pengurusan guru-guru di SKKJ untuk mengakses bahan-bahan online secara berpusat.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan SK Kebakat Jaya sebagai salah sebuah sekolah cemerlang. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan DASHBOARD SK KEBAKAT JAYA ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar SK Kebakat Jaya terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. Sekian, Wassalam.
(GURU BESAR)
Disediakan Oleh:
MOHD HARMIZI BIN HAMZAH(PK Pentadbiran SK Kebakat Jaya)