Pengurusan Data dan
Maklumat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjung Putus
27400 Dong,Raub
Pahang Darul Makmur
27400 Dong,Raub
Pahang Darul Makmur
PENGENALAN
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi kepada tiga modul utama bagi data sekolah, guru dan murid KPM iaitu Modul Pengurusan Sekolah (MPS), Modul Pengurusan Guru (MPG) dan Modul Pengurusan Murid (MPM). Sistem ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 2015 menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. SPS kini merupakan sumber bagi data sekolah, guru dan murid dan menjadi rujukan bagi tujuan analisis, pemantauan, penyelidikan, perancangan dan pembuatan keputusan pada peringkat KPM.
Prosedur Operasi Standard (POS) SPS ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci peranan dan tanggungjawab setiap peringkat pelaksana dalam pelaksanaan SPS. Bagi menyokong pengurusan data pada semua peringkat, satu jawatankuasa pengurusan maklumat hendaklah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Kementerian (JPMK) pada peringkat KPM, Jawatankuasa
Pengurusan Maklumat Negeri (JPMN) pada peringkat JPN, Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Daerah (JPMD) pada peringkat PPD dan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) pada peringkat sekolah.
Bagi memastikan data rasmi KPM yang sahih dan berkualiti, data tersebut harus dipastikan telah melalui proses proses penentusahan oleh pemilik data pada tarikh tertentu dan dikeluarkan oleh sektor/unit yang telah dilantik sebagai pembekal data rasmi organisasi. Sehubungan dengan itu, prosedur pengurusan data yang teratur dan mantap bermula dari peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD), jabatan pendidikan negeri (JPN) hingga ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan data rasmi KPM yang berintegriti seterusnya dapat digunakan untuk pelbagai tujuan perancangan dan pengurusan pendidikan.