Ruang merupakan satu bentuk sumber fizikal utama dan kerap kali melibatkan kos yang tinggi. Walaupun ia tidak dapat dilihat secara fizikal,ruang merupakan aset yang perlu diurus secara efisien bagi membantu sesebuah organisasi dalam pengurusan perbelanjaan yang optimum serta efektif. Jika pengurusan ruang tidak diberikan perhatian yang serius,ia akan menyumbang kepada bebanan organisasi itu sendiri, seterusnya memberi impak negatif kepada organisasi tersebut. Ruang merupakan sumber aset di Politeknik dan Kolej Komuniti yang merupakan penyumbang fizikal utama kepada kepentingan sesebuah Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat pelbagai kategori ruang seperti ruang pengajaran dan pembelajaran (contohseperti ruang kuliah, ruang makmal), ruang pentadbiran dan ruang kolej. Terdapat 105 Kolej Komuniti dan 36 Politeknik di seluruh Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).