ILMU USAHA JAYA
Kami Warga SMK(Felda) Bandar Baru Serting bersedia :
Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran yang dirancang serta mengutamakan kualiti PdPc.
Memberi peluang ke[ada semua murid(100%) untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti kurikulum, pembangunan sahsiah dan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Memastikan pengurusan kebajikan murid menepati 100% piawai sekolah/PPD/JPN/KPM
Menghabiskan sukatan murid selewat-lewatnya pada bulan Julai bagi murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM
Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat satu hari dari tarikh surat itu diterima.
Memastikan urusan sijil berhenti, sijil akuan, sijil kokurikulum diselesaikan seminggu sebelum murid meninggalkan sekolah
Memastikan urusan pendaftaran dan pertukaran murid diselesaikan pada hari yang sama
Setiap staf baharu akan dipastikan mendapat gaji dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar diri
Semua aduan pelanggan akan diberi maklum balas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima.
Memastikan setiap arahan dan permohonan dari JPN/KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.
Urusan di kaunter pejabat dapat dipenuhi tidak melebihi 30 minit.
Meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap dan telus.
Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah secara terancang berpandukan perancangan yang strategik untuk mencapai visi dan misi sekolah.
Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri / negara secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
Meningkatkan budaya pengiktirafan di dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Meningkatkan budaya penyayang dengan memastikan kebajikan dan kemudahan disediakan untuk keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah
Meningkatkan amalan budaya kerja cemerlang dan bermotivasi tinggi dalam kalangan guru dan staf.
Meningkatkan ilmu serta kemahiran guru dan staf supaya dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.