PENCAPAIAN SEKOLAH

SMK Bandar Baru Serting telah menempa pelbagai kejayaan baik dari aspek kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Dalam bidang akademik, pencapaian terbaik sekolah ialah apabila dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik Felda dalam Negeri Sembilan dengan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 2016, 2017 dan 2018, juga tempat ke-3 peringkat kebangsaan. Ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan malah perlu dilestarikan oleh semua warga sekolah ini. Dalam aspek hal ehwal murid, sekolah berjaya merangkul Anugerah Kebersihan, Kesihatan & Kebersihan Sekolah Terbilang Sekolah Menengah Tahun 2019 manakala dalam aspek kokurikulum, sekolah telah berjaya menerima anugerah penghargaan bagi Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan.

KURIKULUM

1. Meningkatkan pencapaian keseluruhan akademik PT3 dan SPM ke tahap 100% lulus dalam semua mata pelajaran dengan sasaran kualiti GPMP dan

GPS.

2. Memastikan PdP dan program akademik dilaksanakan dengan berkesan



HAL EHWAL MURID

1. Membentuk pelajar bersahsiah terpuji berlandaskan nilai-nilai Islam.

2. Memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar disediakan dengan sempurna.



KOKURIKULUM

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang kokurikulum ke tahap cemerlang berteraskan nilai Islam.

2. Memenangi pertandingan-pertandingan kokurikulum yang disertai pada peringkat daerah, negeri, zon dan kebangsaan.