INFO PSS
SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM
SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM
Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran, potensi individu, sahsiah dan pencapaian akademik murid.
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional (chalk dan talk method) sahaja.
Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca, menyelidik melalui pencarian pelbagai sumber dan penggunaan maklumat secara sistematik.
Berusaha membantu guru dan murid dalam usaha menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
Melatih murid menggunakan kemahiran mencari maklumat dalam proses pembelajaran murid.
Bertindak sebagai pusat memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan - bahan untuk PdP.
Mengenalpasti dan menyediakan pelbagai jenis perkakasan dan bahan perisian untuk keperluan PdP.
Bertindak sebagai pusat koleksi perkakasan dan bahan perisian yang boleh digunakan secara individu dan kumpulan
Menubuh bank soalan dan bertindak sebagai pusat pilih buang bahan untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
Sebagai pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat luar bagi memperoleh bahan-bahan untuk PdP.
Menyediakan pelbagai jenis sumber dalaman untuk PdP.
Menyediakan panduan dalam mencari, memilih, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
Menggalak dan mempromosi aktiviti - aktiviti PSS kepada pelajar dan guru.
Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran kendiri dan kemahiran maklumat.
Membina koleksi bahan dan peralatan mengikut keperluan semasa dan menentukan bahawa bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terkini.
Menyediakan kemudahan reprografi, rakam-salin dan perkhidmatan bagi memudahkan penghasilan bahan untuk PdP.