Perkembangan era Revolusi Industri 4.0 ataupun dikenali sebagai era digital dan robotik, haruslah dihadapi dengan terbuka dan bersikap positif dalam setiap pembaharuan yang dibawa. Walaupun pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital memakan kos yang tinggi, namun ia merupakan investasi yang berbaloi kerana dengan adanya teknologi yang pantas dan canggih segala urusan mampu dijalankan dengan lebih cekap, efisien dan sistematik. Oleh hal yang demikian, dengan pengenalan dunia digital ini negara dapat melahirkan warganegara yang celik IT dan perkembangan semasa.