Pusat Tahfiz Al-Quran Dar Al-Syafiโ telah ditubuhkan sebagai pusat perkhidmatan pengajian yang berfungsi untuk penyebaran ilmu Islam terutamanya dalam bidang pengajian Al-Quran bagi masyarakat setempat terutamanya celik Al-Quran dan beroperasi pada bulan September 2016.
Pusat Tahfiz Al-Quran Dar Al-Syafiโ Miri merupakan salah satu daripada rangkaian pusat pendidikan bernaung Dar Al-Syafiโ Resources yang berpusat di Samarahan, berdaftar bawah Majlis Islam Sarawak bermula sejak Mei 2022. Kini terdapat Dar Al-Syafiโ di Kuching, Samarahan, Betong disamping yang berpusat di Miri.