Pada 24.7.2021 bermula dari satu minat terhadap makanan yang berkonsepkan Salaian@Smoke. Maka dari situ, telah terbinalah sebuah perusahaan secara kecil-kecilan yang mengusahakan produk-produk berbentuk salaian seperti Daging Salai, Ayam Salai, Itik Salai, Keli Salai & Puyuh Salai.
Pada awalnya tidak terfikir pada pihak kami untuk mengusahakan secara perusahaan, kami hanya membuat sekadar untuk kegunaan kami sekeluarga. Namun setelah mendapat sedikit sebanyak permintaan dari jiran tetangga, sahabat handai dan ahli keluarga yang berjauhan, kami cuba mengorak langkah kehadapan untuk Mengkomersialkan produk ini.
Walaupun pada waktu itu, kami tahu bahawa ada banyak lagi perusahaan yang mengusahakan Produk-Produk Salaian ini di luar sana. Namun kami yakin dan cuba bertatih untuk mengorak langkah lagi kehadapan. Maka pada tanggal 8.8.2021 maka terciptalah nama Dapur Salai Humaira' untuk memenuhi permintaan ramai didalam Produk Salaian ini.
Walaupun usia kami belum lagi mencecah 1 tahun pada saat ini, dan kami masih lagi mentah didalam dunia ini, namun Dapur Salai Humaira' sentiasa cuba berusaha untuk mengharungi arus didalam perusahaan ini. Jatuh Bangun didalam perusahaan ini, pasti akan mematangkan Dapur Salai Humaira' pada masa yang akan datang.
Humaira' nama di ambil daripada satu-satunya anak tunggal perempuan saya. Yang mana di ambil sempena kekentalan dan kecekalannya dia sebagai satu-satunya anak perempuan didalam keluarga kami ini. Semoga dengan Berkat Doa dan keazaman semua, Dapur Salai Humaira' akan terus maju kehadapan dengan berkonsepkan "Real Food, Great Taste, Happy Tummy" kami akan terus maju kehadapan untuk bersaing didalam arena perniagaan ini.