MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MIFTAHUL HUDA
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MIFTAHUL HUDA
PENGENALAN MAAHAD
Maahad Miftahul Huda ditubuhkan pada tahun 2018 dan masih beroperasi sehingga kini.
Maahad ini dibina di atas tanah wakaf milik
Hajjah Hassin Jan binti Bahram Khan. Pemilik
tanah wakaf telah mewakafkan tanah berkenaan bagi tujuan pembangunan institusi tahfiz Al
–Quran dan pengembangan ilmu agama.
Justeru ahli jawatankuasa Maahad Tahfiz Miftahul Huda telah berusaha membina dan
meneruskan institusi tahfiz ini dengan menggunapakai semua bangunan yang telah sedia
ada di atas tanah wakaf tersebut. Maahad ini adalah salah satu cawangan Pesantren
terkemuka di Indonesia iaitu Al-Fatan Temboro, Jawa Timur, Indonesia. Sukatan pelajaran
adalah dari Al – Fatah Temboro iaitu silibus Tahfiz dan pengajian Kitab – Kitab Thurath.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya. – Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Pihak pengurusan Maahad sedang berusaha mengumpul dana bagi membina sebuah surau yang selesa untuk kemudahan pelajar puteri.Ini kerana bangunan surau yang ada sekarang tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ada sekarang.
...Besarlah harapan kami agar pihak Tuan/Puan
yang budiman dapat memberi sumbangan
agar memudahkan urusan pembinaan
surau pelajar puteri Maahad Tahfiz Al Quran Miftahul Huda.
Semoga segala sumbangan Tuan/Puan dikira
oleh Allah SWT sebagai amal jariah diakhirat nanti.
MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL HUDA
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA WHASAPP PIHAK KAMI