wanita untuk pekerja wanita

CWWN adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh wanita dan untuk pekerja wanita.

Walaupun hak wanita semakin meningkat di Malaysia, tetapi masih ramai pekerja wanita, terutamanya dari kawasan luar bandar masih mengalami banyak masalah-masalah seperti: kekurangan pengetahuan mengenai hak-hak pekerja, tida tahu dimana ada saluran bantuan dan sebagainya.

Justeru, tujuan pertubuhan CWWN adalah:


  1. Memperkasakan Kaum Pekerja Wanita.


  1. Mendidik Kaum Pekerja Wanita dengan pengetahuan-pengetahuan yang diperlukan.

kerja-kerja kami

Kursus Khas Untuk Pekerja Kaum Pekerja

Dalam Kursus ini CWWN telah membawa "training" kepada kaum pekerja mengenai akta-akta yang melindungi kaum pekerja, dan juga cara-cara pekerja boleh membantu pekerja-pekerja yang lain di tempat kerja atau di luar tempat kerjanya.

Kursus Bagaimana Kesatuan Menjalan Undi Sulit Kesatuan

CWWN memberi kursus kepada sebuah Kesatuan yang 85% ahlinya adalah wanita. Kursus ini adalah untuk mendidik kaum pekerja dari kesatuan bagaiman menjalankan Undi Sulit dalam kesatuan.

Kem Motivasi

Memperkasakan Kaum Pekerja

Kem Motivasi ini telah berjaya memotivasi kaum pekerja dengan konsep "Pekerja Bersatu". CWWN meenggunakan cara permainan , pertandingan, dan juga drama scenario seperti "Jika majikan buat ugutan...", "Jika majikan tidak bayar OT.." dan lain-lain, untuk mamstikan pekerja-pekerja faham konsep tersebut. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk pekerja supaya jangan takut majikan dan lebih memafahim tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pekerja diri sendiri.

Kem Kepimpinan Pekerja

Kursus ini disertai oleh pemimpin-pemimpin dari Kesatuan Sekerja. Ramai peserta berasa gembira dapat jumpa pemimpin-pemimpin yang lain. Kursus ini bertujuan bagi semua pemimpin memahami tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Kesatuan. Kandungan kursus termasuk sejarah kesatuan sekerja malaysia, Jabatan-jabatan dan kementerian yang mengendali isu-isu pekerja, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Perjanjian Bersama (Collective Agreement) antara kesatuan dengan majikan dan lain-lain.

Sesi Soal Jawap Mengenai Isu-Isu Pekerja

Kesatuan Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital Kerajaan berkerjasama dengan CWWN mengadakan satu sesi Soal Jawap mengenai isu-isu pekerja. Banyak soalan ditanya oleh pekerja-pekerja, terutamnya pekerja ingin tahu bagaiman kesatuan sekerja boleh bantu pekerja.

Sesi Soal Jawap Mengenai Isu-Isu Pekerja Ke-2

Degan kejayaan sesi pertama, sekali lagi Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan dan CWWN mengadakan sesi Soal Jawap ke-2. Kali ini CWWN telah memjemput seorang peguam untuk menjawap soalan-soalan dari pekerja.

Kelas perjahitan

CWWN menyediakan kelas jahitan kepada kaum pekerja wanita dengan harga yang sangat murah dan guru yang berpengalaman, untuk memastikan pekerja-pekerja wanita ada skill lain.