Community Women & Workers Network

terima kasih atasa sokongan anda

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada pekerja pembersihan (cleaner) di hospital. Dengan sokongan anda semua, bersama-sama kami dapat membantu pekerja cleaner di hospital dalam melawan penindasan dan pemerasan kesatuan (union busting).

Dalam masa yang singkat, kami telah berjaya mencapai sasaran sumbangan kami, dan jumlah sumbangan yang kami telah terima sehingga sekarang adalah RM62,849.30. CWWN ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas sokongan-sokongan anda semua!

Walaupun sasaran sumbangan ini telah dicapai, kesatuan tersebut masih ada lagi beberapa kes di Mahkamah Perusahaan dan Tenaga Kerja untuk berjuang bagi memperbaiki dan melindungi faedah dan hak cleaner di seluruh negara. Selain daripada kes pemerasan kesatuan di Mahkamah Perhubungan Perusahaan yang dijadualkan pada bulan Januari 2021, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan juga terlibat dalam tiga lagi kes pekerja seperti berikut :

1. Kes pertikaian CA (jika menang, akan melindungi Perjanjian Kolektif 2019 kesatuan pekerja).

2. Kes mahkamah buruh yang menuntut pembayaran OT 1 jam untuk pekerja Cleaner.

3. Judicial Review di atas pemecatan 6 pekerja cleaner yang tidak disambung perkhidmatan pada Januari 2020.

CWWN mengharapkan sokongan yang berterusan dari anda semua bagi kes-kes Kesatuan di atas untuk menjaga hak pekerja cleaner yang bukan sahaja membawa impak besar terhadap pekerja cleaner di hospital tetapi juga memberi kesan positif bagi pekerja di bidang-bidang lain juga. Sebanyak 20k diterima sebagai sumbangan tambahan yang melebihi sasaran akan diguna keatas kes-kes Mahkamah di atas terutamanya kes Judicial Review bagi menyokong 6 orang pekerja yang telah hilang kerja disebabkan oleh pemerasan Kesatuan.

Memandangkan PKP dan PKPB di Malaysia telah dikuatkuasa bermula pada 13-01-2021,Kes bagi pemerasan kesatuan akan dijadualkan semula. Status kes tersebut akan dikemaskini apabila tarikh baru dimaklumkan oleh Mahkamah Perusahaan.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua pihak. Diharap sokongan anda semua bukan sahaja terhad bagi pekerja cleaner di Hospital, tetapi juga menyokong semua kaum pekerja yang ditindas dan hak mereka dirampas oleh kaum majikan.

Hidup Pekerja! Hidup Pekerja Wanita! Hidup Kesatuan!


Community Women & Workers Network


pekerja cleaner perlu bantuan anda!

sumbangan untuk bantu pekerja cleaner hospital kerajaan

Pada Januari 2021, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan (juga dikenali kesatuan pekerja pembersihan) akan menghadapi kes di Mahkamah Perhubungan Perusahaan dan pekerja perlu RM39,300 untuk bawa 60 orang pekerja dan 4 orang pengawai perhubungan perusahaan kesatuan untuk menghadiri sidang mahkamah tersebut.

Setiap RM615 dapat bantu seorang pekerja teruskan perjuangan mereka

Kesatuan perlu pengangkutan untuk bawa 60 pekerja dari perak & penang ke Mahkamah Perhubungan Perusahaan di Kuala Lumpur

Selain daripada pengangkutan, penginapan , makanan, elaun untuk pengawai perhubungan perusahaan kesatuan juga diperlukan

sokongan anda dapat membantu pekerja teruskan perjuangan dalam melawan penidasan, dan membela hak-hak pekerja

LEPASKAN 5 ORANG AKTIVIST YANG BERJUANG DEMI HAK PEKERJA!!

5 aktivis kesatuan di makahmah

lEPASKAN 5 AKTIVIS SERTA MERTA!

Anggota Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Sokongan Hospital Kerajaan (NUWHSAS) telah ditahan oleh pihak polis pada 02/06/2020 lebih kurang pukul 1petang di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kerana mengadakan protes aman terhadap majikan Edgenta UEMS yang telah cuba menjalankan usaha penghapusan kesatuan tersebut.

CWWN disini menyeru, LEPASKAN AKTIVIS YANG BERJUANG DEMI HAK PEKERJA SERTA MERTA, dan HENTIKAN SEMUA TUDUHAN TERHADAP 5 ORANG AKTIVIS SEGERA .

CWWN juga membantu kutip sumbagan legal kepada 5 orang aktivis. Jika anda ingin memberi sumbangan boleh kirim kepada bank account CWWN dan sila letak reference "Solidariti" :

Nama Akaun:

Community Women & Workers Network Consultancy

Public Bank

3209530324

Solidariti bersama

5 orang aktivis kesatuan

CWWN telah kerjasama bersama dengan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan membantu kutip sumbagan legal kepada 5 orang aktivis. Jika anda ingin memberi sumbangan boleh kirim kepada bank account CWWN dan sila letak reference "Solidariti" :

Nama Akaun:

Community Women & Workers Network Consultancy

Public Bank

3209530324

Anda juga boleh rujuk kepada Kesatuan FB:

https://www.facebook.com/KesatuanPekerjaSwastaHospitalKerajaan/photos/a.119289429537145/178269716972449/?type=3&theater

5 orang aktivis tidak mengaku salah

5 orang aktivis dan rakan-rakan yang datang bersolidariti

5 individu yang ditangkap ketika melakukan bantahan terhadap sebuah syarikat pembersihan hospital semalam dua hari lalu didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Mereka yang terdiri daripada pekerja pembersihan hospital, ahli kesatuan sekerja, dan penyokong, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di depan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Menurut kertas pertuduhan yang dilihat Malaysiakini, mereka didakwa melanggar Sekseyn 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang melarang perhimpunan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) peraturan sama yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Noor Azreen menetapkan ikat jamin RM1,000 seorang dan 9 Julai untuk sebutan kes.

Berita dari Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/528737

Pekerja di hospital perlu bantuan!

Pekerja Pembersihan Di Hospital Kerajaan Juga Frontliner

Ramai pekerja pembersihan di hospital kerajaan tiada topi mask yang cukup, kebanyakkan pekerja terpaksa pakai topi mask yang sama dalam satu hari , ada pekerja terpaksa pakai sehingga 2 - 3 hari! Ini telah membahayakan keselamatan dan kesihatan Pekerja Pembersihan di Hospital Kerajaan! 

Bukan sahaja membahayakan keselamatan pekerja-pekerja, dan juga membahayakan keselamatan negara.

Cuba bayangkan , jika pekerja pembersihan tidak dilindungi dengan topi mask dan mereka dijangkit dengan Covid19, siapa yang akan bertanggungjawab? 

Sokonglah perjuangan kaum pekerja dengan memberikan bantuan supaya mereka boleh meneruskan kehidupan, dan lindungi keselamatan dan kesihatan mereka. Leave No One Behind.

Community Women & Workers Network (dikenali sebagai CWWN) di sini ingin menyeru kepada masyarakat sokong kaum pekerja di baris hadapan.

Sumbagan ini akan digunakan untuk memberi topis mask kepada pekerja pembersihan hospital kerajaan, dan memberi makanan atau sumbangan kepada pekerja pembersihan dan keluarganya yang menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan. 

Jika anda ingin beri sumbangan, boleh bank in kepada account di bawah, dan sila letak reference "Sumbangan" dan hantar email kepada cwwn2018@gmail.com

Nama Akaun:

Community Women & Workers Network Consultancy

Public Bank

3209530324

HUBUNGI KAMI

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami melalui : cwwn2018@gmail.com