Bermain secara berkumpulan mampu memupuk semangat kerjasama dalam diri anak -anak. Selain daripada itu anak -anak juga dididik untuk berkongsi apa saja permaianan. Kaedah ini akan membentuk individu yang penyayang, jati diri yang tinggi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi anak-anak.Â
Perkhidmatan jagaan selepas waktu sekolah adalah perkhidmatan di mana anak-anak akan dijaga, berehat, menyiapkan kerja sekolah dan juga tusyen. Semua aktiviti selepas waktu sekolah ini dibantu oleh guru-guru berpengalaman. Beban ibu bapa dapat di kurangkan apabila semua kerja rumah anak-anak selesai selepas waktu sekolah. Ibubapa dapat berehat sepenuhnya bila sampai di rumah. Kita ada Jagaan waktu pagi dan juga petang.