Program ini dianjurkan oleh pelajar DSK5B dari Jabatan Perdagangan yang berfokuskan dalam bidang Sains Kesetiausahaan dan Perbankan dan Kewangan Islam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang yang dipelajari . Antara aktiviti-aktiviti yang ada di dalam COMEX ini ialah Program Peningkatan Kemahiran dan pertandingan-pertandingan kemahiran. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang mengambil subjek DPK6023 Event Organization untuk menambah lagi pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus sesuatu acara atau majlis dengan baik
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains Kesetiausahaan dan Kewangan dan Perbankan Islam.
Meningkatkan tahap daya saing, kreativiti dan kompetensi pelajar dalam bidang Sains Kesetiausahaan dan Kewangan dan Perbankan Islam.
Meningkatkan lagi kemahiran dan kebolehan pelajar untuk mengendalikan majlis dengan baik.
Pelajar berkebolehan untuk menguruskan majlis dengan baik.
Pelajar memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipelajari.
Pelajar lebih berdaya saing dan kreatif selepas menyertai program ini.