Nama "Collectibles Affair" diberikan oleh Tengku Laksamana Kelantan, YBM Tengku Abdul Halim Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Laksamana Kelantan, YAM Sharifah Azwan Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi memperkenalkan jenama program hobi dan koleksi pelbagai barangan sebagai satu inisiatif pemangkin pelancongan dalam negeri Kelantan. Dengan kejayaan program dan aktiviti yang telah dianjurkan melalui Collectibles Affair ini juga, Collectibles Museum telah diwujudkan untuk menempatkan dan mempamerkan koleksi-koleksi hobi ini kepada umum.
Collectibles Museum ditubuhkan pada Ogos 2017 di Kota Bharu, Kelantan dan telah beroperasi sehingga kini. Ia merupakan muzium hobi pertama dan satu-satunya muzium yang mempamerkan koleksi hobi Diraja antaranya ialah pengumpulan barangan 'diecast' seperti jenama 'Hot Wheels' dan sebagainya di Malaysia. Muzium ini juga berkonsepkan moden dan klasik turun temurun di samping koleksi edisi terhad.
Memupuk rasa ingin menabung dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak untuk menghargai kegunaan dan penghayatan sejarah sesuatu benda.
Mempromosikan 'Collectibles Museum' kepada pelancong seluruh dunia untuk ke Malaysia sebagai salah satu produk baru di Malaysia.
Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti kebudayaan pelancong bagi menarik pelancong dalam dan luar negara.
Memupuk minat semua golongan masyarakat dalam mengumpul barang-barang hobi yang diminati dan menyumbangkan peningkatkan dalam sektor pelancongan negeri Kelantan
Menjadikan 'Collectibles Museum' sebagai pengumpul segala jenis koleksi berkaitan hobi dari zaman ke zaman.