BELAJAR DAN TERUS BELAJAR
SAINS SENANG JER....
Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul.
Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.
a) Buat ulangkaji selalu.
Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji. So, kena la mula study awal-awal. Bukan last minutes!
b) Belajar Sains setiap minggu.
Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei.
Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yg disukai sahaja.
Beli buku-beli kerja yg memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yg diberikan.
Bazirkanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, bukan apa..kalau Topup handphone tak payah suruh memang konfem beli kan? Kan?
Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikti berbeza.
Cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point penting bagi topik tersebut.