Selamat Datang ke perjalanan saya menerokai pengalaman baharu dalam Flipped Classrooms.
Sesuatu yang berbaloi untuk dipelajari .
Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada anak murid dan diri saya dalam kepelbagaian cara menyampaikan ilmu.
.
Pelbagai kaedah dilakukan bagi memastikan proses pembelajaran dapat dilakukan bagi mengelakkan murid keciciran. Kaedah cuba daya , cuba untuk menjadi sekreatif mungkin untuk menarik minat murid.
Latar belakang yang berbeza dan penggunaan gajet yang terhad juga membuatkan guru cuba untuk mempelbagaikan kaedah mengajar .
Flipped Classroom boleh menjadi platform kepada pengenalan tajuk yang akan di ajar kepada murid untuk pengajaran yang seterusnya.
Flipped Classroom membantu murid untuk mencari pengetahuan tambahan tentang tajuk yang akan di ajar nanti.
Walaupun kita maklum, tidak semua murid akan menggunakan Flipped Classroom secara khususnya , tetapi saya yakin Flipped Classroom boleh menjadi pemudah cara kepada guru untuk membuat analisa awal. Dengan keadaan murid yang ramai di dalam kelas, dengan pelbagai aras kemahiran, guru boleh mengatur strategi aktiviti bagi membantu mencapai objektif pengajaran pada hari itu.