VISI DAN MISI ✨
VISI ✅ " Menginspirasikan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. "
MISI ✅ "Membina generasi pelajar yang mempunyai jati diri kukuh, mampu membuat keputusan bijak dan menyumbang kepada dunia secara positif. "
REFLEKSI DIRI🌷
Bismillahirrahmanirrahim,
Saya Nurin Syahirah, mula tertarik dengan dunia penyediaan makanan tapi bukan hanya dari aspek rasa dan persembahan malah kesabaran dan kehalusan seni yang terkandung dalam setiap hidangan. Minat itulah yang akhirnya membawa saya menelusuri laluan menjadi seorang guru dalam bidang catering ini.
Perjalanan yang tidak mudah, kerana ianya menuntut lebih daripada sekadar kebolehan memasak saya malah perlu juga untuk menguasai ilmu pedagogi, pengurusan dapur, serta membina hubungan yang kukuh bersama pelajar dari pelbagai latar belakang. Namun, dalam setiap cabaran itu yang memberi saya peluang untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri.
Secara jujurnya, minat saya terhadap duni perguruan ini tidaklah serta-merta muncul, ahli Keluarga juga yang sering memberi sokongan yang sepenuhnya apabila saya membuat keputusan untuk menceburi bidang perguruan ini. Perasaan minat secara perlahan tumbuh dalam diri saya apabila saya menuntut ilmu pedagogi dan memahami bahawa untuk memasuki alam perguruan ini amat mencabar dan perlukan sikap yang disiplin yang tinggi.
Bagi saya, menjadi seorang guru bukan hanya tentang mengajar, tetapi juga tentang memotivasikan, menginspirasikan supaya mereka tahu bahawa menuntut ilmu ni seronok dan ada caranya. Saya percaya, dengan minat yang dipupuk dan sikap ingin belajar tanpa henti, saya dapat menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi dapat beramah mesra bersama pelajar. Terima kasih kerana sudi membaca coretan hati saya yang ikhlas ini, dan maaf jika ada tersilap kata, saya Cuma guru yang sedang belajar menjadi terbaik untuk anak bangsa!
KELUARGA TERCINTA👩❤️👨
Dalam setiap langkahku, ada doa dan pengorbanan yang mengiringi dari insan-insan yang paling aku kasihi.
Ayahku, Zolkarnain bin Hashim, seorang anggota Polis yang tegas namun penyayang, mengajarku erti disiplin dan keberanian menghadapi hidup.
Ibuku, Zafida binti Masturi, seorang Pembantu Tadbir di sekolah, menjadi teladan ketekunan dan kelembutan yang tak pernah jemu membimbing anak-anak.
Sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik, aku memikul amanah sebagai contoh dan pelindung. Tanggungjawab itu tidak pernah membebankan, kerana ia dibalut dengan kasih sayang yang mekar dalam keluarga kecil kami.
Setiap kejayaan yang kutempuh, adalah hasil dari kasih, restu dan sokongan tanpa syarat daripada mereka. Semoga kasih ini kekal menjadi cahaya dalam perjalananku sebagai anak, pelajar, dan insan berguna buat keluarga, bangsa, dan agama.