KENALI SAYA

Laman ini dikendalikan oleh Cikgu Shafiqah Nadhira a.k.a CikguEqa

CikguEqa merupakan seorang guru Pemulihan Khas yang bertugas di SK Tampulan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan.

Beliau juga merupakan Ketua Panitia Program Pemulihan Khas Akademi Youtuber dan tenaga pengajar bagi Akademi Youtuber Malaysia.

CikguEqa merupakan graduan Lepasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Khas dari Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Mula mengajar pada tahun 2014 di SK Sri Pantai. Kemudian berpindah ke SK Sembulan. CikguEqa berpindah pula ke sekolah Luar Bandar, SK Pengiran Siti Hafsah SKEPSIH, Karambunai, Kota Kinabalu dan kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tampulan, Telipok, Kota Kinabalu, Sabah.

Kajian tindakan beliau SU-PER memenangi Pingat Emas dan Anugerah Platinum dalam E-Kolokium anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu TOGETHER TRANSFORMING EDUCATION TTE 2.0 2020 International Colloquium On Education And Social Sciences.

Kini, beliau sedang aktif di Youtube dengan Inovasi Terbaru beliau, iaitu GayaIsyaratVokalCikguEQA (G.I.V.E), JaLaSif, SiTuHu dan MelodiMengeja.