NUR AIN BT NGAH * SMK TEBOBON KOTA KINABALU SABAH * #KITAJAGAKITA
A : KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN
REKA BENTUK PENGIKLANAN
karya dalam bentuk audio dan visual yg dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan bagi tujuan memasarkan produk
kaedah yg digunakan pengeluar utk menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk/perkhidmatan kepada pengguna
TIPS UTK INGAT : (tulisan pensel)
Maklumat produk yg terperinci dan lengkap untuk memperkenalkan produk kepada pengguna.
Pengeluar menggunakan kaedah ini bagi memperkenalkan ciri-ciri/keistimewaan produk yg dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Menyampaikan fakta secara tepat mengenai produk kepada pengguna.
Fakta yg disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan pengendalian produk.
Menunjukkan kelebihan dan cara pengedalian produk dalam keadaan sebenar
kaedah ini disampaikan melalui rakaman yg ditayangkan di media massa atau secara langsung di hadapan pengguna.
Menggunakan perbandingan antara produk baharu dengan produk yg telah lama di pasaran.
Perbandingan dibuat berdasarkan kualiti, masa, reka bentuk, rasa dan fungsi.
menggunakan kiasan atau ibarat bertujuan menegaskan kelebihan yg akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan produk mereka.
boleh mempengaruhi pengguna secara psikologi.
menggunakan kenyataan merangsang supaya pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk.
digunakan untuk memujuk pengguna membeli produk.
menggunakan gambar pegun sebagai titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk.
biasanya dipaparkan dalam media cetak.
B : MEDIA PENGIKLANAN
sesuai untuk pelbagai jenis produk dan peringkat umur
contoh: surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain.
TELEVISION - disampaikan melalui visual dan audio, dengan unsur-unsur kreativiti yg tinggi,penuh aksi, berwarna- warni dan menarik
RADIO - disampaikan menerusi audio. iklan diselitkan ketika rancangan radio ke udara dan pengguna akan mendengar semasa memandu atau bersantai di rumah.
PAPAN DIGITAL - produk hasil evolusi media elektronik terkini. menyampaikan maklumat penting kepada kumpulan sasaran dari semasa ke semasa.
amat berkesan dan meluas kerana menggunakan internet.
contoh : Facebook, Instagram, Blog dan lain-lain.
C : FAKTOR PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN
1) JENIS DAN SIFAT PRODUK
setiap produk yg akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya.
2) KOS PENGIKLANAN
pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yg dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka.
3) LUAS PASARAN
luas pasaran produk akan mempengaruhi jenis media yang akan dipilih.
4) SASARAN PENGGUNA
pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yg betul untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya.
5) SAIZ PERNIAGAAN
pengeluar yg mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal seperti media elektronik.